Suasana di kelas amat bising. Aku hanya duduk di tempatku dan berangan manakala buku diletakkan di meja agar aku nampak seperti budak yang tekun mengulang kaji pelajaran dan selaku budak yang berumur 16 tahun aku harus menunjukkan sifat kematangan aku.
Tiba-tiba Okada datang menyapaku " Rajinnya belajar, sampai orang panggil berkali-kali tak dengar. Nampak je belajar tapi otak lepas entah ke mana."
" Kau penduli apa, aku tak pernah pun kacau kau jadi jangan kacau aku, pergi main jauh-jauh."Aku menjauhkan diri daripada Okada.
Sememangnya aku tidak pernah mempunyai perasaan seperti suka kepada seseorang oleh itu aku digelar budak tidak matang di kelas. Memang ada sedikit kecil hati mereka mengatakan aku seperti itu, namun aku pasrah dan aku jadi seram sejuk melihat budak yang putus cinta lalu mengamuk dalam kelas. Aku lebih selesa dengan keadaanku sekarang ini, tidak dikongkong oleh perasaan cinta dan sentiasa bebas untuk mendekati sesiapapun.
Kadangkala aku tertanya bagaimana perasaan mencintai dan dicintai. Adakah cinta menyeronokkan. Aku hanya tahu cinta itu menyakitkan dan membuatkan hati seseorang menjadi buta. Aku benci akan 'CINTA' kerana cinta boleh berubah mengikut keadaan seseorang. Anggapanku cinta sejati pada zaman kini tidak wujud dan orang yang mengatakan dia mencintai seseorang adalah pendusta.
Pada waktu rehat aku hanya melepak di perpustakaan lama, perpustakaan tersebut dipenuhi dengan buku lama dan meja yang patah. Perpustakaan tersebut bersambung dengan bumbung atas, ada yang mengatakan bahawa perpustakaan tersebut berhantu tapi itu adalah cerita khayalan dan aku tidak mempercayainya. Buku di perpustakaan tersebut lebih menarik perhatianku dan suasana yang sunyi sepi membuatkan aku berasa lebih tenang.
Aku mengambil sebuah buku yang bertaburan di lantai dan menarik minatku. Di kulit hadapannya kosong dan hanya tertulis perkataan magik tanpa tertera nama pengarang. Masa rehat telah tamat lalu aku membawa buku tersebut ke dalam kelas dan diletakkan di dalam beg. Aku perasan bahawa ada seseorang yang memerhatikan aku ketika di dalam kelas tapi aku menghiraukannya kerana aku malas untuk mengambil tahu.
* * * *
Setiba saja di rumah aku terus menuju ke bilik, rumahku harap saja besar tapi sunyi. Ibu bapaku tiada di rumah kerana sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Aku membuka begku dan buku yang telah ambil di perpustakaan. 'MAGIK' perkataan yang tertera di halaman buku tersebut. Apabila aku menyelak buku tersebut ternyata hanya buku kosong yang tiada tulisan. Aku cuba menulis perkataan di 'MAGIC BOX' perkataan yang telah kutulis di halaman tersebut tetapi setelah habis menulis tulisan tersebut dan tak lama kemudian keluar sebuah lukisan yang berbentuk peta.
" Bukankah ini peta sekolah," Gomel aku sendirian.
Lantas aku menyalin baju dan makan tengahari yang telah disediakan oleh orang gaji, Yeji. Yeji memang ambil berat tentang diriku dan aku menganggap dia seperti ibuku sendiri. Aku berasa makanan yang dihidangkan pada hari ini adalah makanan kegemaranku dan aku berasa hairan kerana Yeji tidak banyak bercakap seperti selalu.
"Nanti ayah dan ibu Hana pulang, mereka suruh Hana tunggu untuk makan malam bersama." Kata Yeji. Aku berasa hairan kerana jarang ayah dan ibu makan malam di rumah dan mungkin hendak bincangkan sesuatu menurut pendapatku. Pada waktu petang aku hanya mengulang kaji pelajaran dan bermalas-malas di katil.
* * * *
Kira-kira pukul enam petang ayah dan ibu pulang dan aku hanya memerhatikan daripada tingkap bilikku kerana malas mengganggu mereka. Setelah selesai membersihkan diri kami pun menikmati makan malam.
Suasana begitu sunyi dan suram kerana tiada siapapun bersuara. "Ha..Hana...A..ayah mahu Hana melanjutkan pelajaran di luar negara, mungkin di China atau di UK mungkin Hana tinggal dengan Mak cik saudara Hana," Suara ayah yang memecah sunyi setelah sekian lama berdiam. Aku hanya mengangguk tanpa bantahan kerana segala keputusan aku serahkan kepada ayah dan ibu.
"Ayah cuti ni Hana nak pergi kampung ibu ada banyak buku kat sana dan Hana nak pergi shopping sekali nak cari hadiah untuk kawan." aku menyoal kembali kepada ayah dan ibu.
"Boleh saja...untuk anak ibu dan ayah juga tapi atuk sentiasa sibuk dengan kebunnya jadi rumah tu sentiasa kosong nak ibu suruh Yeji temankan." Tanya ibu.
"Tak payahlah... Hana pandailah jaga diri. Hana boleh tempah makanan jadi tak payahlah nak susahkan Yeji." .
" Baiklah kalau Hana dah kata begitu jadi ayah dan ibu takkan halang"Kata ayah dengan senang hati.
* * * *
Di sekolah aku mengikut anak panah yang terdapat dalam peta 'MAGIK' tersebut. Anak panah tersebut menuju ke arah perpustakaan lama dan berhenti di hadapan sebuah rak buku. Aku meneliti buku yang terdapat rak tersebut, terdapat sebuah kotak berwarna biru. Aku menggapai kotak tersebut lalu membukanya, tetapi sebuah kotak tetapi tidak dapat dibuka dan tiada tempat yang terkunci pada kotak tersebut.
"Kau takkan dapat buka kotak ni," Kedengaran satu suara yang mencelah.
"Eh, siapa kau? Aku tak pernah nampak kau kat sini."Soalku
"Memanglah...aku bukan manusia, aku penjaga kotak tersebut. Baik kau simpan balik... aku tak benarkan kau ambil lagipun kau bukan percaya dengan cinta... aku dah lama perhatikan kau, kau tak bosan ke takde kawan pastu habiskan masa seorang diri?" Ujar lelaki tersebut.
"Kau penduli apa kalau aku takde kawan pun... Lagipun aku akan pulangkan kotak ini sehingga aku dapat membukanya... kau tak boleh buat apa pun dan kau tak boleh sentuh aku.." Aku membalas katanya dengan nada menyindir.
Tanpa sempat dia membalas kataku aku terus melarikan diri menuju ke kelas dengan membawa kotak tersebut.
Tanpa disedari dia mengikutiku namun, tiada siapapun yang dapat melihatnya. Hatiku menjadi takut dan tidak menentu fikiranku menjadi celaru hanya kerana memikirkan dia tersebut. Aku nampak kelibatnya di belakang kelas seperti sedang menanti daku...
* * * *
Setiba sahaja di rumah aku terus mencampakkan kotak ke atas katil dan kelibat dia pun muncul. "Kau dah mula takut dengan aku? Aku sangkakan kau perempuan yang jenis tidak percayakan semua ini. Lupa pula nak kenalkan diri...aku Kirie." Katanya dengan nada ceria.
"Kenapa kau tak bagi aku ambil kotak ini? penting sangat ke bagi kau? Apa akibatnya kalau aku nak buat ini harta aku? Lagipun kau bukan boleh sentuh aku kan? dan kau datang dari mana?,"satu-persatu persoalan yang berada di minda aku luahkan.
"Sabar sayang... aku bukannya mati sepenuhnya. aku wujud lagi tapi jasadku bukan disini dan kotak ini memang amat berharga bagi aku. Kalau kau berkeras mahu buka kotak ini kau kena pergi cari jasadku dan sedarkan aku." Perasaan takutku semakin lenyap dan aku pun sudah mula berbaik dengan Kirie.
"Tapi macam mana kau kunci kotak ni?" timbul satu lagi persoalan yang bermain dimindaku.
"Aku ni kan bijak... tak macam kau asyik khayal. Rahsialah nanti kau beritahu orang lain dah kau tu mulut celupar",Ujar Kirie yang membuatku kecil hati.
"Memanglah aku tak bijak mana pun... tapi aku tak pernah menyusahkan orang macam kau ikut orang sampai rumah dan lagi satu aku sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Peliknya macam mana kau tahu nama aku dan perangai aku kat dalam kelas?".
"A....a..ku teka je.. tak sangka pula tepat sangkaan aku. " Jawabnya dengan sedikit perasaan gelisah dan cuba untuk tukar topik "Kau kena cari jasad aku kalau nak buka kotak tu, tapi..."
"Tapi apa? "
"Tapi... aku tak tahu mana jasad aku...lagipun sebenarnya aku tak tahu yang aku ni hidup atau dah mati... aku dah lama jaga kotak tu sampai tak sedar berapa lama dan aku lupakan segalanya termasuk jasadku."
"Tadi kau kata kau hidup lagi... dasar mulut tak boleh pakai... pastu macam mana kau jadi penunggu kotak ni? Tak kan kau tak ingat yang kau dari mana? "
"A...aku tak tahu. Tapi..."
Tiba-tiba kedengaran suara Yeji memanggilku untuk makan tengahari. Aku segera meninggalkan Kirie sendirian dalam bilik dan menuju ke meja makan.
* * * *
"Cik Hana... saya mahu minta cuti untuk pulang ke kampung, ibu saya sedang tenat. Bolehkah?" Ujar Yery.
"Boleh," Jawabku ringkas.
"Cik Hana boleh ke tinggal seorang diri?"
"Boleh.." Kataku sambil menjamah makanan yang dihidang oleh Yeji.
"Kalau begitu saya akan tinggalkan resepi. Nanti Cik Hana boleh belajar memasak, untung nanti siapa yang beristerikan Cik Hana sebab pandai masak"
Aku hampir tersedak tapi aku menghiraukannya lalu terus menjamah makanan. Aku hanya memikirkan bagaimana untuk membuka kotak tersebut dan bagaimana mahu cari jasad si Kirie itu.
* * * *
Aku memandang wajah Kirie yang leka memerhatikan pemandangan luar dari tingkap bilikku. Aku meneliti wajah Kirie, aku rasa seperti pernah berjumpa dengannya tapi dimana ya? Menurut anggapanku tampan juga si Kirie namun dia bukan manusia. Sayangnya...
"Apa yang kau pandang aku dari tadi? kau jatuh hati dengan aku ke?" Soal Kirie yang mematikan lamunanku.
"Mana ada. Jangan perasan boleh tak? Aku ni bukan perempuan yang mudah jatuh hati kepada orang lain"Ujarku dengan nada sedikit keras.
"Sekarang hanya kau yang dapat melihat aku. Kau tak boleh lari dariku serta aku akan sentiasa memerhatikan kau" Katanya yang membuatkan aku sedikit tersentak.
"Kenapa kau nak perhatikan aku?"
" Sebab kau berkeras mahu membuka kotak tersebut."
Aku hanya mendiamkan diri kerana tidak mampu untuk mengeluarkan kata. Aku merasakan bahawa aku sedang menanggung beban yang besar. Dalam hatiku tertanya-tanya penting sangat ke benda yang ada dalam kotak sehingga mempunyai dia bangkit dari jasadnya.
Aku tiba-tiba teringat bahawa aku ada ambil buku 'MAGIK' di perpustakaan lama. Aku segera menggapai buku tersebut dan bertanya kepada Kirie
"Apa nama penuh kau?"
"Togo Kirie. Kenapa?"
Aku menulis satu persatu di buku tersebut lalu tulisan itu pun hilang. Setelah lama menanti jawapan pun muncul.
Aku terkejut dengan jawapan tersebut lalu tersebut lenyap dihadapan mataku sendiri dan aku termanggu dengan perkara yang berlaku.
"Hanya 3 soalan sahaja yang boleh ditanya dan tugasnya telah tamat" Ujar Kirie yang setelah lama berdiam diri manakala aku hanya mengangguk tanda memahami apa yang diperkatakan olehnya.
"Aku nak tidur... Jangan kacau aku" Kataku terus menyelebungi diriku dengan selimut tanpa mempendulikannya kerana suhu badanku meningkat. Aku rasa pelbagai perkara telah berlaku hari ini dan aku mahu merehatkan minda.
* * * *
Pada keesokkan harinya, aku seperti biasa bersiap untuk pergi ke sekolah tapi kali ini berbeza kerana ada orang yang sentiasa memerhatikan aku iaitu Kirie, penjaga kotak yang pelik.
Setiba sahaja di sekolah aku seperti biasa duduk sendirian dan membaca buku. Aku pelik juga sebab dari pagi Kirie tidak bercakap dengan aku. Dia hanya memerhatikan aku daripada jauh lalu aku menuju ke arahnya.
"Kenapa kau asyik perhatikan aku" Soal aku kehairanan.
" Kau kan nak buka kotak tu sangat... aku kena perhatikan kau selalu agar kotak sentiasa dalam keadaan baik. Kalau kau mengalah mahu buka kotak tu aku tak akan ikut kau lagi."
"Aku tak nak mengalah... aku nak buka kotak tu biar apapun yang terjadi..."
"Kalau nyawa kau dipertaruhkan macam mana? kau masih nak buka kotak tu lagi?"
"Siapa kata aku nak mengalah... aku tak takut mati, hidup tak bermakna kalau aku tidak memenuhi hasrat hatiku"
"Kalau begitu bagi aku darah kau boleh ke?"
"A...aku takut darah... merah sangat buat kepala aku pening" Ujar aku sedikit cemas.
"He..he ada juga benda yang kau takut ingatkan berani sangat" Katanya dengan nada menyindir tapi macam mana dia tahu aku takut darah.
Aku berlalu pergi meninggalkan Kirie kerana makin lama cakap makin meluat rasanya. Aku rasa kepalaku semakin sakit sudah dekat sebulan dan aku telah cuba buat pemeriksaan di klinik tapi doktor hanya cakap aku tak boleh terlalu terdedah dengan cahaya matahari kalau tak kepala aku makin sakit sebab badan aku lemah sebab tu kebelakangan ini aku jarang buat aktiviti luar. Suhu badan aku juga tidak menentu apabila mood aku tak baik terus suhu meningkat macam orang demam panas.
Aku menuju ke perpustakaan tanpa menghiraukan Kirie yang mengekoriku. Aku malas nak bebankan otakku asyik memikirkan kotak tersebut.
"Kirie...esok aku pergi balik kampung nenek aku. Kampung tu ada banyak pokok sakura dan pemandangan pada waktu matahari terbenam memang cantik" Kataku tiba-tiba aku teringat tempat yang dinyatakan oleh buku 'MAGIK' tersebut.
"Pokok sakura? doa? matahari terbenam? "
"Kenapa Hana? kau tahu ke jasad aku kat mana?" Soal Kirie kehairanan melihat aku tersengih sendirian
"Kirie aku rasa aku dah tahu kat mana jasad kau... nanti aku beritahu dalam perjalanan pulang tentang kisah pokok sakura dengan matahari terbenam." Ujarku dengan girang.
Posted by
my story 0_0
Saturday, June 15, 2013 at 6:29 PM
0
comments
Labels :
Subscribe to:
Comments (Atom)


